awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya, Sabah

Bernama
Bernama
11/04/2026
07:19 MYT
Anwar arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya, Sabah
Anwar berkata arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan penyelesaian segera dilaksanakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani isu prasarana daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Beluran, Sabah yang menyebabkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan tidak sesuai.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan penyelesaian segera dilaksanakan.

“Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan dan ICU Jabatan Perdana Menteri untuk penyelesaian segera.

“Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama, dan tindakan segera wajib dilaksanakan,” katanya.

Isu itu timbul susulan laporan mengenai keadaan pelajar di SK Balaban Jaya yang terpaksa mengikuti kelas di dalam khemah tanpa dinding serta di ruang koridor masjid, berikutan ketiadaan bangunan sekolah kekal yang lengkap.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan pihaknya prihatin terhadap isu akses pendidikan dan keselamatan yang berbangkit di sekolah berkenaan.
Menurut kenyataan KPM, keadaan itu berpunca daripada kerosakan pada sebahagian infrastruktur akibat pergerakan tanah dan cerun, sehingga menjadikan persekitaran sekolah tidak selamat untuk digunakan.
Kementerian berkenaan turut memaklumkan beberapa sesi libat urus telah dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah bersama pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mencari jalan penyelesaian.
“Tindakan segera yang akan diambil termasuk memindahkan sementara murid ke SK Pekan Beluran dan menyediakan pengangkutan untuk membawa murid ke sekolah berkenaan. Langkah ini bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dan ibu bapa tidak terbeban,” menurut kenyataan KPM.
Selain itu, KPM memaklumkan kerja naik taraf di SK Sungai Nangka akan dilaksanakan segera bagi menampung keperluan penempatan sementara murid, sementara menunggu pembinaan baharu SK Balaban Jaya.
“KPM bertanggungjawab penuh memastikan keperluan pendidikan untuk semua murid terjejas di SK Balaban Jaya terpelihara serta pada masa sama aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah diberi perhatian,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Sabah
#Sekolah daif
#SK Balaban Jaya
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan