awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
Bayi perempuan masih hidup ditinggalkan di kawasan parkir surau Skudai
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar cari penyelesaian isu kelancaran pelaksanaan haji, umrah jemaah Malaysia

Bernama
Bernama
28/02/2023
11:06 MYT
Anwar cari penyelesaian isu kelancaran pelaksanaan haji, umrah jemaah Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah berhubung kelancaran pelaksanaan haji dan umrah bagi jemaah Malaysia. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah berhubung kelancaran pelaksanaan haji dan umrah bagi jemaah Malaysia.
Perbincangan itu berlangsung semasa Anwar menerima kunjungan hormat Tawfiq bersama delegasi di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Menerusi catatan terkini di Facebooknya, Anwar berkata, beliau dan Tawfiq turut berbincang mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang lain termasuk pelancongan, pendidikan, pelaburan dan perdagangan.
Perdana Menteri berharap hubungan rapat Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sekian lama akan menjadi lebih erat demi kemaslahatan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya.
Semalam, Mohd Na'im dalam pertemuannya bersama Tawfiq telah menyampaikan hasrat Malaysia kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan, selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.
Kuota jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
#Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah
#jemaah malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan