awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apapun alasan SPAD, kenaikan tambang tidak boleh diterima - Azwan Bro

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
19/03/2015
05:56 MYT
Apapun alasan SPAD, kenaikan tambang tidak boleh diterima - Azwan Bro
AZWAN : Apa guna ada teknokogi Natural gas vehicle (NGV) pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yang meningkat sebenar? - Gambar fail
Pemuda UMNO hari ini membantah kenaikan kadar teksi dan bas ekspres yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Khamis.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan alasan SPAD menaikkan tambang itu adalah kerana peningkatan kos penyelenggaraan dan sara hidup selain kenaikan terakhir pada 2009 adalah lemah.
"Apa guna ada teknokogi Natural Gas Vehicle (NGV) pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yang meningkat sebenar?" soal beliau dalam satu catatan di Twitter peribadinya hari ini.
Beliau berkata Pemuda UMNO akan menyerahkan satu memo bantahan kepada SPAD hari ini melalui Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO pada jam 3 petang nanti.
Saya bantah kenaikan kadar teksi dan bas ekspres oleh SPAD dgn alasan kos sudah meningkat dan kenaikan akhir pada 2009. Alasan lemah sekali.
— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) March 19, 2015
Apa guna ada teknokogi NGV pada teksi dan bas? Sepatut NGV bantu tangani kos bahan bakar kenderaan awam. Kos apa yg meningkat sebenar?
— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) March 19, 2015
Pemuda UMNO akan serah memo bantahan kpd SPAD hari ini melalui @BKH_ppum. Apapun alasan SPAD, kenaikan kadar tidak boleh diterima lagi.
— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) March 19, 2015
Pada Khamis, SPAD mengumumkan penetapan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan teksi akan berkuatkuasa dengan serta merta manakala bagi bas ekspres pula, bermula pada 15 Mei ini.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata penetapan kadar baharu itu adalah berikutan berlakunya kenaikan kos termasuk penyelenggaraan, insurans dan kos sara hidup.
Beliau berkata harga tambang kini tidak lagi relevan dengan kenaikan kos-kos tersebut.
Bagi teksi, kos penyelenggaraannya meningkat ke 33 peratus, manakala bagi bas ekspres sebanyak 36 peratus.
Topic Berkaitan
#Azwan Bro
#Pemuda UMNO
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#Syed Hamid Albar
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan