awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM Kelantan tingkatkan latihan hadapi Monsun Timur Laut

Bernama
Bernama
20/10/2022
05:49 MYT
APM Kelantan tingkatkan latihan hadapi Monsun Timur Laut
APM memperbanyakkan latihan penggunaan peralatan dan asas menyelamat bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam sesuatu situasi yang sukar dijangka. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan telah menjalani beberapa latihan asas pertahanan awam seperti pengendalian bot, dan pengurusan bencana sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Mohd Adzhar Mujab berkata latihan bertujuan bagi mempersiapkan anggota yang terlibat dalam operasi semasa musim tengkujuh.
"Sebagai persiapan menghadapi MTL, APM memperbanyakkan latihan penggunaan peralatan dan asas menyelamat bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam sesuatu situasi yang sukar dijangka.
"Latihan memberi pendedahan kepada anggota selain untuk pengendali bot serta memahami teknik yang sesuai dengan sesuatu lokaliti atau tempat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Adzhar berkata latihan diadakan di semua APM daerah di Kelantan secara berkala.
Ditanya mengenai kekuatan anggota, aset dan logistik bagi menghadapi musim tengkujuh, Mohd Adzhar berkata APM Kelantan memiliki 1,353 anggota yang boleh digerakkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang musibah.
"Dari segi aset APM Kelantan memiliki sebanyak 14 kenderaan pacuan empat roda, lori (16), ambulans (13), bot dan enjin (84), treler (60), genset (30) dan khemah (2,610)," katanya.
Menurutnya kerjasama padu dengan agensi-agensi lain juga dipertingkatkan bagi memastikan penggunaan aset-aset dan pengoperasi pengurusan bencana yang lebih optimum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM kelantan
#tengkujuh
#monsun timur laut
#persiapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan