awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM optimum aset, atur strategi berfokus hadapi krisis tenaga global

Asyraf Malik
Asyraf Malik
03/04/2026
12:16 MYT
APM optimum aset, atur strategi berfokus hadapi krisis tenaga global
Ghazali Rahman berkata peranan APM sebagai pasukan respons kecemasan dan bantuan bencana 24 jam akan diteruskan tanpa kompromi meskipun berdepan krisis tenaga global. -Gambar fail/Bernama
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengoptimumkan penggunaan aset dan memperkemas strategi operasi sebagai kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di rantau Asia Barat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Rahman berkata, impak kenaikan harga minyak membawa kesan terhadap aspek logistik dan operasi lapangan, namun menegaskan peranan sebagai agensi kecemasan tidak boleh terjejas.
"APM akan menilai semula penempatan aset serta memperkukuh koordinasi operasi bagi memastikan setiap gerak kerja lebih berfokus bagi mengelakkan pembaziran sumber, kami mahu mengelakkan operasi menyeluruh tanpa keutamaan.
"Seterusnya APM mengenal pasti kawasan berisiko tinggi (hotspot) di peringkat negeri dan nasional, dengan itu kami boleh menempatkan pasukan dan aset secara lebih tepat, sekali gus mengelakkan pergerakan yang tidak perlu.
"Selain itu, APM juga melihat semula penangguhan sementara operasi tertentu yang tidak menjejaskan 'core business', selaras langkah penjimatan disarankan kerajaan," jelas Ghazali.
Tegasnya, peranan APM sebagai pasukan respons kecemasan dan bantuan bencana 24 jam akan diteruskan tanpa kompromi.
"APM komited memperkukuh kecekapan operasi melalui pendekatan lebih strategik dan berhemat dalam penggunaan sumber, bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara," ujar Ghazali.
Topic Berkaitan
#APM
#konflik Asia Barat
#kenaikan harga minyak
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan