awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM

Bernama
Bernama
24/03/2024
08:30 MYT
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Ahmad Zahid berkata sepanjang tujuh dekad ini, APM telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional (national resilience) demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata seruan itu selaras dengan tema Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-72 hari ini iaitu "Kesepaduan Teras Perkhidmatan Pertahanan Awam".
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sepanjang tujuh dekad ini, APM telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan.
"Sebagai menteri yang menjadi peneraju kepada APM, melihat kemajuan organisasi ini adalah sesuatu yang amat membanggakan," katanya menerusi catatan di Facebook.
Beliau berkata APM bukanlah sesuatu yang baharu buatnya kerana sejak 2015, beliau sudah melihat potensi besar untuk ditelusuri oleh sebuah agensi penting yang semakin dekat di hati masyarakat.
"Teruskan berkhidmat, memberi bakti kepada rakyat Malaysia. Tenaga yang dicurahkan, kami zahirkan rasa terima kasih buat semua warga APM atas segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan," kata Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#Zahid Hamidi
#APM
#ketahanan nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan