awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Bintulu selamatkan 8 kru kapal kargo dipukul ribut

Bernama
Bernama
05/09/2020
13:32 MYT
APMM Bintulu selamatkan 8 kru kapal kargo dipukul ribut
APMM menyelamatkan lapan kru sebuah kapal kargo yang hampir karam akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 17 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu hari ini. - Foto BERNAMA
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lapan kru sebuah kapal kargo yang hampir karam akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 17 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu hari ini.
Pemangku Pengarah APMM Sarawak, Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata mereka diselamatkan oleh petugas dua bot APMM serta sekumpulan nelayan tempatan selepas kira-kira sejam berada di atas sebuah rakit keselamatan dalam kejadian pada 9.50 pagi tadi.
"Kesemua mangsa dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan. Siasatan awal mendapati kesemua mangsa merupakan warga Indonesia yang berumur lingkungan 20 hingga 71 tahun," katanya dalam kenyataan.
Berikutan insiden itu, beliau meminta komuniti maritim terutamanya di Bintulu, agar mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#APMM Sarawak
#kapal kargo
#Pelabuhan Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan