awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM perluas kawasan CARILAMAT penyelam hilang di perairan Pulau Tenggol

Astro AWANI
Astro AWANI
24/03/2026
03:14 MYT
APMM perluas kawasan CARILAMAT penyelam hilang di perairan Pulau Tenggol
APMM memaklumkan keadaan cuaca di lokasi operasi dilaporkan sederhana dengan angin bertiup dari arah timur laut pada kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam. - Foto BERNAMA
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di sini sejak Jumaat lepas.
APMM dalam kenyataan memaklumkan operasi CARILAMAT Tam Peng Hoong, 66, yang memasuki hari keempat melibatkan pelbagai agensi dan pihak swasta itu diperluaskan sehingga 94.93 batu nautika persegi di perairan pulau itu.
“Pencarian di permukaan laut dilaksanakan menggunakan Bot Perkasa 45 milik APMM Pahang dan KM Redang (APMM Terengganu) manakala tiga pengusaha pusat selaman di pulau itu turut menjalankan pencarian di dasar laut di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.
APMM memaklumkan keadaan cuaca di lokasi operasi dilaporkan sederhana dengan angin bertiup dari arah timur laut pada kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam serta ketinggian ombak antara satu hingga dua meter.
Bernama sebelum ini melaporkan lelaki warga tempatan itu dikhuatiri hilang selepas melakukan selaman skuba di perairan Pulau Tenggol pada 4.30 petang, Jumaat lepas.
Warga emas itu dilaporkan melakukan aktiviti air berkenaan bersama seorang daripada anaknya dan tidak timbul setelah lima minit melakukan selaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#carilamat
#Penyelam
#Pulau Tenggol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan