awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir

Bernama
Bernama
05/12/2024
20:45 MYT
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Mohd Khairulanuar (kanan) beramah mesra dengan kaum nelayan Kuala Besut yang menerima sumbangan pek Bakul Prihatin di perkarangan pejabat APMM Besut. - Foto BERNAMA
JERTIH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Pengarahnya Kepten Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata setiap skuad mempunyai tujuh anggota yang bersedia membantu sekiranya diperlukan.
"Kita hanyalah elemen bantuan sahaja dan jika tenaga kita diperlukan, pasukan tersebut akan turun segera. APMM sentiasa bersiap siaga sekiranya terdapat keperluan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melaksanakan bantuan banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 55 nelayan di Kuala Besut yang terjejas akibat banjir, di pejabat APMM Besut di Kuala Besut dekat sini pada Khamis.
Menurutnya APMM turut menyediakan bantuan aset untuk menghantar bekalan makanan ke pulau-pulau bagi kegunaaan penduduk sepanjang musim tengkujuh.
Mohd Khairulanuar berkata APMM tetap meneruskan penugasan di laut seperti biasa bagi mengawal keselamatan perairan negara meskipun laut bergelora dan angin kencang ketika ini. .
Sementara itu katanya APMM Terengganu merekodkan 51 kes tangkapan dari Januari hingga November tahun ini berbanding 37 tangkapan dalam tempoh sama tahun lepas.
"Ia antaranya melibatkan rampasan sebanyak 14 buah bot nelayan Vietnam dengan tangkapan 157 awak-awak, 18 kes tangkapan penyalahgunaan dadah, enam tangkapan bot penumpang dan satu tangkapan kapal dagang," katanya.
Beliau turut menasihati komuniti maritim agar sentiasa peka dan merujuk ramalan cuaca sebelum keluar ke laut terutama nelayan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#APMM
#monsun timur laut
#NADMA
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan