awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelihara perpaduan teras keamanan negara - Aaron
Penang FC enggan terus kecewa, tekad bangkit beri saingan di Likas
Trump dakwa pemimpin tentera Iraq dibunuh dalam serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple Music perkenal label untuk kandungan dijana AI

Astro AWANI
Astro AWANI
06/03/2026
04:03 MYT
Apple Music perkenal label untuk kandungan dijana AI
Apple Music tidak menyediakan sistem pengesanan automatik untuk mengenal pasti kandungan AI, menjadikan proses pelabelan bergantung kepada sikap telus penerbit dan pengedar. -Foto Amanz
APPLE Music memperkenalkan sistem Transparency Tags, iaitu label khas yang menandakan kandungan muzik yang dijana atau dibantu kecerdasan buatan (AI), lapor Amanz.
Sistem baharu itu bertujuan meningkatkan ketelusan kepada pendengar ketika penggunaan AI dalam industri muzik semakin meluas.
Melalui Transparency Tags, pemuzik, label dan pengedar boleh menandakan sama ada AI digunakan pada empat elemen utama kandungan: gambar album (artwork), rakaman audio (track), komposisi lirik atau muzik (composition), dan video muzik.
Setiap tag akan dipaparkan pada kandungan yang menggunakan AI bagi mana-mana aspek tersebut.
Menurut Apple, pelabelan ini bergantung sepenuhnya kepada metadata yang dimasukkan oleh pemilik kandungan.
Apple Music tidak menyediakan sistem pengesanan automatik untuk mengenal pasti kandungan AI, menjadikan proses pelabelan bergantung kepada sikap telus penerbit dan pengedar.
Di peringkat global, penggunaan AI dalam muzik semakin meningkat dan mencetuskan perdebatan mengenai peranan kreativiti manusia serta hak cipta.
Beberapa platform penstriman lain seperti Deezer turut mengembangkan teknologi automasi untuk mengesan kandungan yang dijana AI, tetapi ketepatan sistem tersebut masih menjadi cabaran.
Sementara itu, penggunaan AI dalam kandungan muzik dan media terus meningkat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, meskipun timbul kebimbangan industri dan pengguna mengenai ketulenan karya serta tahap pendedahan yang diperlukan untuk menjaga integriti kreatif.
Topic Berkaitan
#apple music
#AI
#Transparency Tags
#muzik dijana AI
#penstriman muzik
#metadata
#industri muzik
#hak cipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan