awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple perkenal cip M4 Pro dengan sokongan Thunderbolt 5

Amanz
Amanz
30/10/2024
04:10 MYT
Apple perkenal cip M4 Pro dengan sokongan Thunderbolt 5
Cip ini menawarkan prestasi tinggi dengan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien, serta Neural Engine yang 3 kali ganda lebih pantas berbanding versi M1. -Amanz
APPLE hari ini memperkenalkan Mac Mini baharu dengan rekaan lebih kompak.

Ringkasan AI
  • Apple memperkenalkan Mac Mini dengan rekaan lebih kompak.
  • Cip baharu ini mempunyai sehingga 14 teras CPU dan 20 teras GPU, dengan sokongan memori sehingga 64GB RAM dan Thunderbolt 5.
  • Cip ini menawarkan prestasi tinggi dengan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien, serta Neural Engine yang 3 kali ganda lebih pantas berbanding versi M1.

Turut bersama pengumuman berkenaan adalah pengenalan cip baharu Apple M4 Pro – yang membawakan kuasa pemprosesan dan sokongan grafik lebih baik.
Apple M4 Pro hadir dengan sokongan sehingga 14 teras CPU, serta sehingga 20 teras GPU.
Cip ini membawakan gabungan rekaan 10 teras prestasi dan 4 teras efisien pada bahagian CPU, sekali gus membolehkan pelbagai tugasan dilakukan dengan lancar menggunakannya.
Cip ini juga turut membawa sokongan untuk memori sehingga 64GB RAM.
Melengkapkan cip ini juga adalah sokongan Neural Engine, yang mana 3 kali ganda lebih pantas berbanding versi M1.
Selain itu, buat pertama kali juga, Apple M4 Pro menambah sokongan Thunderbolt 5, yang membolehkan penawaran pemindahan data mencapai kelajuan 120Gb/s – dua kali ganda berbanding Thunderbolt 4 sebelum ini.
Buat masa ini, hanya Mac Mini sahaja diumumkan dengan pilihan cip ini. Mungkin kita melihat pengenalan komputer riba dan lain-lain menggunakan cip ini pada minggu ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#mac mini
#Apple M4 Pro
#Thunderbolt 5
#Neural Engine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan