awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple peroleh 20% pegangan ekuiti penyedia perkhidmatan satelit GlobalStar

Amanz
Amanz
02/11/2024
05:15 MYT
Apple peroleh 20% pegangan ekuiti penyedia perkhidmatan satelit GlobalStar
Apple telah mengintegrasikan sokongan penghantaran mesej melalui satelit pada iPhone 14, terutamanya untuk penghantaran SOS kecemasan. -Amanz
GLOBALSTAR kini memaklumkan beberapa perkembangan syarikat mereka, termasuk melibatkan kerjasama mereka dengan Apple.

Ringkasan AI
  • Apple akan mengambil ekuiti 20% dalam GlobalStar dengan nilai sekitar $400 juta dan memperuntukkan $1.1 bilion untuk penggunaan infrastruktur GlobalStar.
  • Apple telah mengintegrasikan sokongan penghantaran mesej melalui satelit pada iPhone 14, terutamanya untuk penghantaran SOS kecemasan.
  • Ciri penghantaran mesej melalui satelit masih terhad dan ditawarkan secara percuma di beberapa lokasi. Belum diketahui bila Apple akan memperluaskan ciri ini dan berapa caj yang akan dikenakan.

Melaluinya, GlobalStar menyatakan Apple akan mengambil ekuiti 20% pada GlobalStar, pada nilai sekitar $400 juta.
Di samping itu, Apple juga akan peruntukkan sebanyak $1.1 bilion sebagai bayaran awal untuk penggunaan infrastruktur GlobalStar.
Seperti ramai sedia maklum, GlobalStar merupakan penyedia perkhidmatan berasaskan satelit, dan Apple sendiri melalui iPhone terbaharu mengintegrasikan sokongan penghantaran mesej melalui satelit apabila di luar kawasan liputan selular.
Apple pada awalnya memperkenalkan ciri integrasi sambungan satelit melalui iPhone 14, dan ketika itu ia terhad kepada penghantaran SOS kecemasan.
Buat masa ini, ciri penghantaran mesej melalui satelit masih terhad dibeberapa lokasi, dan masih ditawarkan secara percuma.
Tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperluaskan lagi penggunaan sambungan melalui satelit ini, dan berapakah caj yang akan dikenakan oleh Apple untuk tujuan berkenaan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#GlobalStar
#sokongan penghantaran mesej melalui satelit
#iPhone 14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan