awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi arah atase tentera Iran, 4 kakitangan kedutaan keluar dalam tempoh 24 jam

Bernama
Bernama
22/03/2026
03:12 MYT
Arab Saudi arah atase tentera Iran, 4 kakitangan kedutaan keluar dalam tempoh 24 jam
Kementerian Luar Arab Saudi berkata pihaknya mengecam serangan Iran terhadap negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). - Gambar fail

Arab Saudi, memetik serangan terkini Iran, telah mengisytiharkan atase tentera Iran, penolong atase serta tiga lagi kakitangan Kedutaan Iran sebagai persona non grata dan memberi mereka tempoh 24 jam untuk meninggalkan negara itu.

Anadolu Ajansi melaporkan Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan lewat Sabtu berkata pihaknya mengecam serangan Iran terhadap negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Serangan Iran yang menyasarkan Arab Saudi disifatkan sebagai “pelanggaran nyata terhadap semua konvensyen antarabangsa yang berkaitan, prinsip kejiranan baik serta penghormatan terhadap kedaulatan negara”.

Ia turut melanggar “Perjanjian Beijing, Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu No. 2817, serta bercanggah dengan persaudaraan Islam dan nilai serta prinsip agama Islam yang sering diuar-uarkan oleh pihak Iran, sekali gus mengesahkan bahawa ia hanya sekadar kata-kata yang tidak diterjemahkan dalam tindakan,” menurut kenyataan itu.

Serangan berkenaan akan memberi kesan “mendalam” terhadap hubungan dua hala pada masa kini dan masa depan, menurut kementerian itu, sambil menegaskan komitmen kerajaan untuk mengambil langkah perlu bagi melindungi kedaulatan dan keselamatannya.

Langkah itu menjadikan Arab Saudi negara kedua mengambil tindakan sedemikian sejak konflik bermula pada 28 Feb.

Pada awal minggu ini, Qatar turut mengusir atase tentera dan keselamatan Iran selepas serangan peluru berpandu Iran menyebabkan kerosakan besar ke atas kemudahan gas asli cecair (LNG) Ras Laffan.

Konflik di rantau itu semakin meningkat sejak serangan AS dan Israel ke atas Iran bermula pada 28 Feb, dengan Tehran bertindak balas melalui siri serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Iran
#persona non grata
#AS
#Israel
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan