awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
Empat anggota polis dilepaskan dengan jaminan SPRM kes rasuah RM12,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April

Bernama
Bernama
25/03/2026
15:03 MYT
Arab Saudi arah pemegang visa terkandas tinggalkan negara itu sebelum 18 April
Arab Saudi menggesa pemegang visa yang terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan supaya keluar meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang. - Gambar fail/hiasan
Arab Saudi menggesa pemegang visa yang terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan supaya keluar meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang.
Agensi Berita Arab Saudi melaporkan pada Rabu bahawa Kementerian Dalam Negeri memaklumkan langkah itu terpakai kepada pemegang semua jenis visa lawatan, termasuk visa Umrah, transit, dan visa keluar akhir.
Menurut laporan itu, pemegang visa yang visanya telah tamat tempoh bermula 25 Feb, boleh memilih untuk menyambung tempoh tinggal sehingga 18 April selepas membayar yuran mandatori melalui platform Absher atau meninggalkan negara itu serta-merta melalui pintu keluar antarabangsa tanpa perlu melakukan penyambungan tempoh, membayar yuran, atau denda lewat.
Kementerian itu turut menggesa semua pemegang visa yang terjejas supaya mematuhi arahan berkenaan dan meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di bawah peraturan kerajaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Visa
#visa lawatan
#umrah
#Transit Aliran Massa 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan