awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi lancar pas elektronik memasuki Mekah bagi 1447H

Bernama
Bernama
13/04/2026
05:19 MYT
Arab Saudi lancar pas elektronik memasuki Mekah bagi 1447H
Dipermudah menerusi penyepaduan teknikal dengan perkhidmatan "Makkah Entry Permit”, permohonan boleh dihantar melalui portal "Absher" dan "Muqeem". - Gambar fail
Direktorat Am Pasport mengumumkan permohonan elektronik untuk permit memasuki Mekah dibuka kepada pekerja pemastautin pada musim haji ini (1447H/2026M), lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Dipermudah menerusi penyepaduan teknikal dengan perkhidmatan "Makkah Entry Permit” permohonan boleh dihantar melalui portal "Absher" dan "Muqeem", sekali gus menghapuskan sepenuhnya keperluan untuk pergi ke pejabat pasport.
Platform “Individu Absher” dikhususkan untuk pengeluaran permit bagi warga Majlis Kerjasama Teluk (GCC) iaitu warga Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, pemegang Residensi Premium, pelabur, ibu, pekerja domestik dan ahli keluarga bukan Arab Saudi.
Sementara itu, portal "Muqeem" menyediakan perkhidmatan kepada pekerja pertubuhan yang berpangkalan di Mekah dan mereka yang mempunyai kontrak pekerjaan dengan pertubuhan tersebut semasa musim haji.
-- BERNAMA-SPA
Topic Berkaitan
#musim haji
#pasport
#permit memasuki Makkah
#Absher
#Muqeem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan