awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perlumbaan F1 Bahrain, Arab Saudi Dijangka dibatalkan
Trump: Tentera Laut AS dijangka mengiringi kapal tangki di Selat Hormuz "tidak lama lagi"
Konflik Asia Barat: 23 jam redah perjalanan darat, demi keluarga dari zon perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu balistik sasar Pangkalan Udara Prince Sultan

Bernama
Bernama
06/03/2026
01:42 MYT
Arab Saudi pintas tiga peluru berpandu balistik sasar Pangkalan Udara Prince Sultan
Imej satelit menunjukkan pesawat di Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi, 17 Feb 2026. - Gambar fail/REUTERS
Arab Saudi memaklumkan pada awal Jumaat bahawa ia telah memintas tiga peluru berpandu balistik yang menyasarkan Pangkalan Udara Prince Sultan, dalam perkembangan terbaharu yang mencerminkan impak peluasan ketegangan ketenteraan di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Serangan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang memuncak susulan perang yang sedang berlaku antara Israel dan Amerika Syarikat (AS) di satu pihak, menentang Iran di pihak yang lain.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, konflik berkenaan telah melibatkan tindakan berbalas serangan peluru berpandu dan dron di beberapa bahagian di Timur Tengah, termasuk rantau Teluk.
Perkembangan itu juga berlaku dalam konteks serangan berulang yang menyasarkan Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang lain, dengan Iran didakwa melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap kemudahan ketenteraan serta ekonomi di rantau itu.
Peningkatan konflik ini menimbulkan kebimbangan yang semakin meruncing terhadap kemungkinan berlakunya konfrontasi serantau yang lebih luas serta kesan ekonomi, terutamanya kepada pasaran tenaga global. Ini memandangkan peranan utama yang dimainkan oleh negara-negara Teluk dalam membekalkan minyak dan gas ke pasaran antarabangsa.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Iran
#Arab Saudi
#peluru berpandu
#Pangkalan Udara Prince Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan