awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Honda kaji semula strategi EV – 3 model EV kini dibatalkan
Jabatan Mufti Pahang nafi keluarkan surat penetapan waktu solat Aidilfitri
Polis buru empat lelaki samun bersenjata di Sungai Pelek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump: Tentera Laut AS dijangka mengiringi kapal tangki di Selat Hormuz "tidak lama lagi"

Bernama
Bernama
14/03/2026
02:02 MYT
Trump: Tentera Laut AS dijangka mengiringi kapal tangki di Selat Hormuz "tidak lama lagi"
Iran secara berkesan telah menutup Selat Hormuz sejak sekitar 1 Mac susulan peningkatan permusuhan dengan AS dan Israel. - Gambar fail
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dijangka mengiringi kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz “tidak lama lagi”, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat ketika ketegangan di rantau itu kekal tinggi susulan konflik AS-Israel dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.
“Ia akan berlaku tidak lama lagi,” kata Trump kepada pemberita apabila ditanya mengenai kemungkinan pengiringan tentera laut melalui laluan air penting itu, yang merupakan laluan utama untuk penghantaran minyak global.
Iran secara berkesan telah menutup Selat Hormuz sejak sekitar 1 Mac susulan peningkatan permusuhan dengan AS dan Israel.
Gangguan terhadap perkapalan melalui selat itu telah mendorong kenaikan harga minyak dan baja global serta mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan tenaga.
Trump berkata, beliau menjangkakan “penurunan besar dalam harga petrol dan gas.”
Mengulas mengenai matlamat Washington dan Tel Aviv dalam konflik itu, Trump memberi bayangan bahawa kedua-dua sekutu itu mungkin tidak berkongsi objektif yang sama.
“Saya fikir ia mungkin sedikit berbeza,” katanya, sambil menyatakan bahawa Israel "berbeza daripada kami,” dan menambah bahawa kuasa AS kekal tiada tandingan.
Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas.
Serangan itu setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang di Iran, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan korban dan kerosakan terhadap infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan sektor penerbangan.
Dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya, Trump berkata, tentera AS telah mengebom “setiap sasaran ketenteraan” di Pulau Kharg, hab minyak strategik Iran. Beliau memberi amaran bahawa AS juga boleh menyerang infrastruktur minyak di pulau itu jika Iran terus menghalang kapal daripada melalui Selat Hormuz.
Terletak di bahagian utara Teluk, Pulau Kharg menjadi tulang belakang sistem eksport minyak Iran serta sumber utama hasil kerajaan.
Kira-kira 90 hingga 95 peratus eksport minyak mentah Iran, iaitu sekitar 1.7 juta tong sehari tahun lepas, melalui pulau itu sebelum dihantar ke pasaran antarabangsa.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Donald Trump
#Iran
#Selat Hormuz
#pengiring
#kapal tangki minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan