awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS arah kakitangan bukan petugas utama supaya keluar dari 6 negara Arab

Bernama
Bernama
03/03/2026
13:00 MYT
AS arah kakitangan bukan petugas utama supaya keluar dari 6 negara Arab
Jabatan Negara AS turut menggesa rakyat AS di negara itu agar memantau media tempatan serta amaran rasmi AS untuk mendapatkan maklumat terkini. - Gambar fail
Jabatan Negara Amerika Syarikat mengarahkan kakitangan bukan petugas utama di perwakilan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrain dan Jordan supaya meninggalkan negara mereka bertugas dengan alasan "ancaman konflik bersenjata" dan "kebimbangan keselamatan" susulan konflik ketenteraan dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jabatan itu turut menggesa rakyat AS di negara itu agar memantau media tempatan serta amaran rasmi AS untuk mendapatkan maklumat terkini.
Terdahulu, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuwait pada Selasa memaklumkan yang ia "akan ditutup sehingga diberitahu kelak" susulan ketegangan serantau yang berterusan.
"Kami membatalkan semua janji temu konsular biasa dan kecemasan. Kami akan memaklumkan apabila kedutaan kembali beroperasi seperti biasa," menurut kenyataan kedutaan itu menerusi platform media sosial X.
Dalam nasihat perjalanan bagi Iraq, Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad turut memaklumkan bahawa Jabatan Negara mengarahkan kakitangan bukan petugas utama "meninggalkan Iraq atas faktor keselamatan."
"Oleh kerana kebimbangan keselamatan, kakitangan kerajaan AS di Baghdad dilarang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad," menurut kenyataan itu lagi.
Perkembangan itu berlaku ketika kempen ketenteraan AS-Israel yang dilancarkan terhadap Iran pada Sabtu dilaporkan membunuh beberapa pegawai kanan Iran, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara serantau yang menempatkan aset AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#kakitangan
#negara arab
#krisis
#aisa barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan