awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina

Amanz
Amanz
15/11/2024
04:20 MYT
Arc Search untuk Android kini stabil, pelayar web AI dengan penghalang iklan terbina
Selain ciri carian AI, versi stabil ini turut hadir dengan ciri carian menggunakan suara dengan animasi comel dipaparkan. Dua widget carian turut diberikan dan pengguna turut boleh menukar ikon aplikasi. -Amanz
SELEPAS sebulan Arc Search diuji pada peranti Android, pelayar web AI berasaskan Chromium ini mula memasuki fasa stabil dan turut hadir dengan sejumlah ciri baharu yang lebih menarik.

Ringkasan AI
  • Selepas sebulan diuji pada peranti Android, pelayar web AI ini kini stabil dan hadir dengan ciri baharu seperti carian suara dan widget carian.
  • Versi stabil Arc Search kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android 12 dan ke atas, tidak lagi terhad kepada Android 13 sahaja.
  • Arc Search terkenal dengan penghalang iklan yang agresif, sokongan mod 120Hz untuk peranti yang menyokongnya, dan ciri carian AI yang canggih.

Arc Search adalah pelayar web dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh The Browser Company dari bekas pekerja Instagram, Tesla, Medium dan Google.
Selain ciri carian AI, versi stabil ini turut hadir dengan ciri carian menggunakan suara dengan animasi comel dipaparkan. Dua widget carian turut diberikan dan pengguna turut boleh menukar ikon aplikasi.
Arc Search versi stabil ini tidak lagi terhad kepada peranti Android 13 ke atas kerana mereka kini membenarkan pengguna Android 12 memuat turun aplikasi ini.
Arc Search turut terkenal sebagai pelayar web yang mempunyai penghalang iklan yang cukup agresif dan stabil.
Pelayar web ini juga boleh digunakan dalam mod 120Hz untuk peranti Android yang menyokongnya.
Sejak Arc Search diperkenalkan pada Android, ia sudah menjadi pelayar web lalai saya. Satu ciri yang saya harap ia diberikan kepada Android adalah menyokong penggunaan bersama komputer seperti pada iPhone. -Amanz
Topic Berkaitan
#Android
#Arc Search
#ciri carian AI
#penghalang iklan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan