awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Argentina kalah 0-1 kepada Jerman, Khairy jadi bahan 'troll' di Twitter

Adli Effendy
Adli Effendy
14/07/2014
10:59 MYT
Argentina kalah 0-1 kepada Jerman, Khairy jadi bahan 'troll' di Twitter
Khairy yang sebelum ini mengakui menyokong pasukan Argentina bersikap 'sporting' dengan berkongsi 're-tweet' fotonya yang disunting seolah-olah menangis oleh pengguna twitter
Trending di Twitter hari ini apabila pengguna platform media sosial itu menjadikan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai ‘bahan belasahan’ selepas kekalahan Argentina kepada Jerman (0-1) awal pagi tadi. Khairy yang sebelum ini mengakui menyokong pasukan Argentina bersikap ‘sporting’ dengan berkongsi 'retweet' fotonya yang disunting seolah-olah menangis oleh seorang pengguna Twitter.
http://imageshack.com/a/img850/3651/9v4u.jpg
Petikan dari twitter rasmi Khairy Jamaluddin
Foto itu yang dimuat naik sejak 5:49 pagi tadi telah mengumpul hampir 4,800 ‘retweets’ dan mengumpul 1,290 ‘favourites’.
Berapa lama korang nak bash aku ni? Bulan puasa. Tak baik bash orang. Vamos.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014
Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau sebelum itu dengan yakin meramalkan Argentina akan menjuarai Piala Dunia edisi kali ini.
Sementara menunggu Germany disayurkan oleh Argentina, cari lah best fren, abam atau adik dan buat satu team untuk... http://t.co/a0WR7XMNPt
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014
Selain ‘dibahan’ oleh pengguna twitter, Khairy turut ‘dibelasah’ oleh ‘bos’nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik selepas perlawanan tamat.
PM sokong Jerman. Confirm. Beliau yakin Jerman menang. “@nursaffinasir: Yb @Khairykj tolong pujuk datuk najib sokong argentina okay”
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014
Yang paling kuat bahan aku tadi kat Dataran. pic.twitter.com/uxPBkR7Uvo
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 13, 2014
Najib dan Khairy adalah diantara 25,000 peminat bola sepak yang berkumpul di Dataran Merdeka pagi tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bersama-sama orang ramai yang memeriahkan program Fiesta Samba Brazil anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS).
Topic Berkaitan
#Argentina
#FIFA
#final worldcup
#German
#KBS
#KHAIRY
#OlaBola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan