awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA

Bernama
Bernama
23/03/2022
20:54 MYT
Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA
Wan Ahmad Fayhsal berkata SOSMA merupakan salah satu instrumen pencegahan jenayah keganasan serta bertujuan memelihara kedaulatan negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mengecam tindakan Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa selain tidak menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.
"Ini bertentangan dengan amalan kebiasaannya iaitu semua pihak harus mengetepikan perbezaan peribadi atau politik dalam perkara-perkara yang melibatkan dasar keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Wan Ahmad Fayhsal berkata tindakan mereka semalam juga jelas memperlekeh dan memperkotak-katikkan usaha kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk mewujudkan satu persekitaran dan perimeter yang selamat.
Beliau berkata SOSMA merupakan salah satu instrumen pencegahan jenayah keganasan serta bertujuan memelihara kedaulatan negara.
Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, tidak diluluskan Dewan Rakyat semalam setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Armada Bersatu
#Ahli Parlimen Pembangkang
#tolak usul SOSMA
#Akta Kesalahan Keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan