awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN: 10 agenda keselamatan dibincang September ini - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
05/07/2025
21:00 MYT
ASEAN: 10 agenda keselamatan dibincang September ini - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution (empat, kiri) berkata sesuatu kepada delegasi asing pada program taklimat dan tinjauan keselamatan bersama perwakilan asing di ESS ZONE di Pulau Bohey Dulang pada Sabtu. - Foto BERNAMA
SEMPORNA: Sebanyak 10 agenda keselamatan akan menjadi fokus perbincangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN di Melaka, September ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata satu daripada agenda itu ialah menangani jenayah rentas sempadan.
Beliau berkata perkara lain termasuk perkongsian risikan, pembinaan keupayaan dan operasi bersama.
"Dalam menangani jenayah rentas sempadan, kita manfaatkan kepengerusian ASEAN pada tahun ini sebagai platform terbaik bertukar maklumat, pandangan agar boleh diolah menjadi strategi dalam menangani isu keselamatan secara efektif," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Menteri Dalam Negeri Bersama Perwakilan Asing, di sini pada Sabtu.
Saifuddin Nasution berkata mesyuarat tiga hari itu akan dimanfaatkan pada peringkat menteri ASEAN sepenuhnya, bagi membentangkan dan membincangkan isu keselamatan ASEAN demi kepentingan bersama.
"Ada perkara yang kita nampak, tetapi ada juga perkara yang kita tidak nampak, tapi jiran (negara) kita nampak, ini antara yang boleh disampaikan dalam mesyuarat ASEAN nanti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#kepentingan bersama
#perkongsian risikan
#jenayah rentas sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan