awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun

Bernama
Bernama
06/02/2024
09:44 MYT
ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun
Mazli berkata Sarjan berusia 36 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan penjawat awam pada hari sama. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150 di Gong Badak dekat sini, 1 Feb lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata Sarjan berusia 36 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan penjawat awam pada hari sama, manakala pegawai berpangkat ASP berusia 42 tahun ditahan keesokannya.
Beliau berkata mangsa yang berusia 34 tahun di dalam laporannya mendakwa dibawa secara paksa oleh kedua-dua suspek ke sebuah stesen minyak di Gong Badak untuk mengeluarkan wang RM5,000 daripada mesin ATM di situ, sebelum menyerahkan RM150 lagi kepada kedua-duanya.
"Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan kedua-dua suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu itu dan melakukan transaksi sebelum menyerahkan wang itu kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mazli, hasil siasatan melalui pengecaman gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua suspek ialah pegawai dan anggota polis.
Mazli berkata Sarjan berkenaan direman seminggu manakala pegawai polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
"Polis Terengganu memandang serius sebarang penglibatan pegawai dan anggotanya dalam kes jenayah. Siasatan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang akan dijalankan supaya dapat dihadapkan ke mahkamah," katanya menambah kedua-duanya telah digantung tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai polis
#kes samun
#berpangkat ASP
#berpangkat sarjan
#Gong Badak
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan