awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aston Martin Vulcan buat kemunculan dinamik

Astro Publication
Astro Publication
29/06/2015
06:18 MYT
Aston Martin Vulcan buat kemunculan dinamik
Setelah berbulan-bulan kami nanti, akhirnya Aston Martin Vulcan membuat kemunculan penuh gaya di Goodwood festival of Speed ke-23. Walaupun ia pernah menjadi tarikan dan penyeri di pertunjukan automotif – seperti Geneva dan New York – ini adalah kali pertama ia tampil secara dinamik.
Aston Martin Vulcan adalah model supercar khas untuk kegunaan di litar, sekaligus hasil mereka yang paling fokus. Pemandu pasukan lumba Aston Martin Racing Works iaitu Darren Turner memandu jentera yang dikuasakan enjin petrol V12, 7.0-liter ini yang menghasilkan lebih daripada 800hp. Mengikut syarikat, ia mampu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa kurang dari tiga saat dan kelajuan maksimum melampaui 321km/j. Hanya 24 unit Vulcan akan dihasilkan; ia diperbuat daripada gentian karbon dan banyak menggunakan kepakaran yang dipelajari oleh penglibatan panjang Aston Martin di dalam perlumbaan GT. Antaranya, pacuan ke roda belakang daripada enjin yang diletakkan di hadapan/tengah disampaikan melalui ‘propeller shaft’ daripada gentian karbon.
Bukan sahaja laju, ia juga dapat berhenti dengan cekap menerusi penggunaan sistem brek dengan cakera seramik karbon berukuran 380mm (hadapan) dan 360mm (belakang). Vulcan ini menggunakan tayar belakang Michelin (spesifikasi perlumlaan) bersaiz 345/30 x19 inci. Kotak gear pula adalah jenis ‘sequential’ enam kelajuan buatan Xtrac.
Topic Berkaitan
# Vulcan
#Aston Martin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan