awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro AWANI, Waze atasi masalah kesesakan lalu lintas bersama

Cerenna Manickam
Cerenna Manickam
21/11/2013
08:48 MYT
Astro AWANI, Waze atasi masalah kesesakan lalu lintas bersama
Kerjasama di antara stesen penyiaran berita, Astro AWANI dan peneraju aplikasi navigasi mudah alih, Waze bakal menyajikan pengalaman navigasi trafik lebih berkesan kepada pengguna.
Menerusi jalinan kerjasama yang akan bermula awal tahun depan, pelanggan Waze dan penonton Astro AWANI berpeluang mendapatkan maklumat trafik lebih cepat dan tepat.
Gandingan ini menjadikan Astro AWANI sebagai rakan penyiaran kedua Waze di luar Amerika Syarikat.
Menurut Pengarah Kanan Komunikasi Waze, Julie Ann Mossler, jalinan kerjasama antara dua syarikat ini bakal memberikan pendedahan kepada Waze sebagai sebuah aplikasi berkonsepkan komuniti.
Menurut Julie, AWANI adalah sebuah saluran yang berfikiran hadapan dari segi bagaimana mereka melaporkan laporan kepada penonton umum. Melalui kerjasama ini, ia membuka peluang untuk menterjemahkan laporan trafik kepada pengguna jalan raya. Jika kami dapat mencari kandungan yang senang untuk difahami dan boleh didapati dalam pelbagai platform maka ia adalah situasi yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.
Waze memiliki lebih 1.5 juta pengguna di Malaysia iaitu segmen pengguna kelima tertinggi di peringkat global untuk Waze.
Waze adalah syarikat aplikasi interaktif di mana pengguna juga dapat menyumbang dengan melaporkan keadaan trafik seperti penutupan jalan, kemalangan dan sekatan jalan raya.
Jun lalu, Waze diambilalih oleh Google pada nilai lebih RM3.18 bilion.
Topic Berkaitan
#Aditya Aima
#Astro Awani
#Julie Ann Mossler
#waze
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan