awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah

Faida Rahim
Faida Rahim
19/06/2024
13:13 MYT
Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Program yang diadakan di Laman Khadijah, Nilai bertujuan mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekaligus merapatkan silaturahim. - Astro Radio
KUALA LUMPUR: Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin memaklumkan, program yang diadakan di Laman Khadijah, Nilai bertujuan mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekali gus merapatkan silaturahim antara kedua jenama.
"Kita berkumpul untuk buat acara korban, ada lima ekor lembu untuk dikorbankan. Kita buat ini sempena 15 tahun penubuhan Siti Khadijah dan penghijrahan kami ke tempat baru iaitu Laman Khadijah.
"Ini juga adalah satu komitmen kami terus menyokong segmen agama dalam radio arus perdana di Malaysia dan kita ambil kesempatan ini untuk meraikan hari raya Aidiladha bersama kakitangan Siti Khadijah dan team media kita khususnya daripada Astro Radio," katanya.
Dalam pada itu, acara turut diserikan dengan kehadiran penyampai Astro Radio antaranya Nabil Ahmad, Azad, Radin, Rahim, Angah, Issey dan ramai lagi.
Bagi penyampai radio Era, Radin memberitahu peluang untuk berkumpul bersama rakan penyampai melakukan aktiviti korban tahun ini disifatkan sebagai satu momen yang indah.
"Apa yang kami seronoknya ni tahun ke 15 Sit Khadijah berada dalam industri fabrik di Malaysia dan ini adalah antara kolaborasi kami dan Astro Radio menyatukan dan melakukan ibadah korban, kita juga dengan team Siti Khadijah dapat berbakti kepada masyarakat setempat," katanya.
Ibadah korban ini melibatkan proses menyembelih lima ekor lembu seterusnya daging korban diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan dan masyarakat setempat.
Program turut disertai lebih daripada 100 sukarelawan termasuk kakitangan Astro Radio, kakitangan Siti Khadijah serta wakil daripada Masjid Abu Al-Darda, Nilai Impian.
Topic Berkaitan
#golongan asnaf
#Ibadah Korban
#Astro Radio
#Siti Khadijah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan