awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asyik 'memekak' di jalan raya, mat rempit ditahan dan dibawa solat Subuh berjemaah di masjid

Bernama
Bernama
27/07/2018
09:07 MYT
Asyik 'memekak' di jalan raya, mat rempit ditahan dan dibawa solat Subuh berjemaah di masjid
Mereka yang berumur antara 15 dan 30 tahun dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan setelah diambil keterangan. - Gambar fail
Sekumpulan 79 penunggang dan pembonceng motosikal beragama Islam dituntun menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Sultan Ahmad selepas ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di daerah ini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata mereka antara 115 pengguna motosikal yang ditahan dalam operasi bermula 3.30 pagi hingga 5 pagi di sekatan jalan raya di KM160 Jalan Kuala Terengganu menuju ke Kuantan selain tangkapan di lorong-lorong tikus serta penutupan di kedua-dua arah Jalan Chukai menuju Air Putih.
"Mereka yang berumur antara 15 dan 30 tahun dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan setelah diambil keterangan, mereka dituntun ke masjid untuk solat Subuh berjemaah dan bacaan Yasin serta sesi tazkirah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Polis turut menahan tiga remaja berumur 17 hingga 19 tahun kerana positif dadah.
Mohd Said berkata operasi itu menyaksikan 90 motosikal diperiksa dan 135 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah
#Kemaman
#masjid
#Masjid Sultan Ahmad
#mat rempit
#motosikal
#Ops Bersepadu
#Ops Bersepadu Samseng Jalanan
#solat subuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan