awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM tingkat kawalan keselamatan di sempadan - Panglima

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/07/2016
07:09 MYT
ATM tingkat kawalan keselamatan di sempadan - Panglima
Zulkifli berkata, ancaman Daesh di negara ini merupakan satu realiti dengan pengesahan dari Ketua Polis Negara mengenai penglibatan pihak itu dalam kejadian pengeboman di Puchong bulan lalu. - Gambar fail
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mempertingkatkan kesiapsiagaan kawalan sempadan bagi mengekang kemasukan anasir subversif, terutamanya pengganas Negara Islam (IS) atau Daesh ke negara ini.
Menurut Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin, anggotanya akan meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di kawasan kawalan mereka bagi memastikan sempadan negara kebal dari dibolosi.
Katanya, pengesahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa serangan bom di sebuah kelab malam di Puchong pada 28 Jun lalu merupakan serangan IS, menunjukkan ancaman pengganas ke atas negara ini merupakan satu realiti.
Oleh itu, tahap kewaspadaan semua pihak berkuasa perlu dipertingkatkan, katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anggota ATM yang bertugas di pos kawalan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand pagi ini.
"Kita sentiasa bersiap sedia. Sebagaimana kita tahu, agensi utama bertanggungjawab hal keganasan ataupun Daesh atau IS ini adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM). ATM memainkan peranan sokongan kepada PDRM.
"Ancaman IS merupakan satu realiti. Telah pun menjadi nyata dengan Tan Sri IGP (Khalid) mengesahkan pengeboman restoran di Puchong adalah perbuatan IS. Kita tidak boleh mengambil mudah ancaman ini," kata Zulkifli.
Beliau juga mengingatkan masyarakat agar memainkan peranan sewajarnya sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan tampil membuat laporan jika mengesan aktiviti dan individu yang mencurigakan di kawasan mereka.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Daesh
#negara Islam
#pengganas
#sempadan
#Tan Sri Zulkifli Mohd Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan