awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia bakal dilanda hujan lebat, jutaan penduduk diingatkan berwaspada

Astro AWANI
Astro AWANI
15/02/2026
23:37 MYT
Australia bakal dilanda hujan lebat, jutaan penduduk diingatkan berwaspada
Pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan berlaku banjir, penutupan jalan dan gangguan laluan di WA, Queensland dan Northern Territory. - Gambar hiasan
Jutaan penduduk Australia dijangka berdepan cuaca basah sepanjang minggu ini, dengan hujan lebat diramal di hampir separuh negara tersebut.
Menurut Weatherzone, kawasan tekanan rendah yang meliputi beberapa sistem dan alur tekanan akan berinteraksi dengan udara lembap, menyebabkan hujan berpanjangan terutama di kawasan tropika.
Ramalan semasa menunjukkan barat Kimberley di Australia Barat dan pantai tropika Utara Queensland berpotensi menerima hujan paling lebat.
Lebih 200mm hujan dijangka turun di kawasan ini, manakala beberapa kawasan lain berpotensi menerima lebih 100mm.
Pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan berlaku banjir, penutupan jalan dan gangguan laluan di WA, Queensland dan Northern Territory.
Sementara itu, negeri-negeri selatan dijangka mengalami cuaca panas walaupun terdapat kemungkinan hujan dan hari mendung.
Suhu di Sydney dijangka mencecah 35°C pada Rabu, manakala Melbourne dijangka mencapai 34°C hari ini dan 36°C esok.
Adelaide pula bakal mengalami minggu yang panas dengan kebanyakan hari melebihi 30°C, termasuk 37°C hari ini.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#cuaca panas
#banjir
#kawasan tropika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan