awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM40 juta bagi projek Sejati MADANI di Melaka
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia hantar peluru berpandu ke UAE, kerah pesawat pemantauan ke Asia Barat

Astro AWANI
Astro AWANI
09/03/2026
23:11 MYT
Australia hantar peluru berpandu ke UAE, kerah pesawat pemantauan ke Asia Barat
Albanese berkata bantuan ketenteraan yang diberikan adalah bersifat pertahanan bagi membantu negara‑negara Teluk melindungi orang awam. - Foto fail/AP
Australia akan menghantar sebuah pesawat pemantauan ketenteraan ke Asia Barat serta membekalkan peluru berpandu udara‑ke‑udara jarak sederhana kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), selepas menerima permintaan rasmi daripada negara Teluk itu, umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Albanese menegaskan bahawa Australia tidak akan menghantar tentera ke darat di Iran, dan bantuan ketenteraan yang diberikan adalah bersifat pertahanan bagi membantu negara‑negara Teluk melindungi orang awam daripada serangan yang digambarkan beliau sebagai “tidak berprovokasi” oleh Iran.
Menurut beliau, Australia akan mengerahkan pesawat E‑7A Wedgetail selama empat minggu untuk membantu mengawasi dan melindungi ruang udara di kawasan Teluk.
Bantuan ini turut merangkumi peluru berpandu AMRAAM yang akan diberikan kepada UAE untuk memperkukuh pertahanan udara negara tersebut.
Albanese berkata Australia “bukan pihak yang memulakan konflik” dan menegaskan keutamaan kerajaan ialah melindungi rakyat Australia di rantau itu serta membantu negara sahabat mempertahankan diri dalam situasi yang semakin meruncing.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Australia
#UAE
#pesawat pemantauan ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan