awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: 441 kandungan palsu dikenal pasti setakat 15 April - Fahmi
Cuaca panas tingkatkan hasil dan kualiti mangga Harumanis di Perlis
Pasar Terapung Khlong Hae kembali rancak susulan kehadiran pelancong Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia 'sangat komited' pastikan Selat Hormuz kekal terbuka - Menteri Pertahanan

Bernama
Bernama
14/04/2026
06:55 MYT
Australia 'sangat komited' pastikan Selat Hormuz kekal terbuka - Menteri Pertahanan
Iran sebahagian besarnya telah menyekat akses ke Selat Hormuz yang menjadi laluan kira-kira 20 peratus aliran minyak dunia, sejak serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Feb. - Gambar/ Reuters

Menteri Pertahanan Australia Richard Marles berkata pada Selasa bahawa Canberra "sangat komited" dalam memastikan Selat Hormuz kekal terbuka, memandangkan gangguan perkapalan memberi kesan kepada bekalan bahan api global, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.

"Kami sangat komited untuk memastikan Selat Hormuz terbuka dan rantaian bekalan bahan api global kembali normal," kata Marles, menurut Sky News Australia.

Australia sedang bekerjasama dengan rakan kongsi mengenai usaha berkaitan selat itu dan bagaimana ia boleh memberikan sumbangan terbaik, tambahnya.

"Kami benar-benar perlu melihat apa yang berlaku sepanjang baki tempoh gencatan senjata dan keadaan di Selat Hormuz, yang akan membolehkan beberapa usaha dimulakan," kata Marles.

Marles juga berkata bahawa Australia hanya akan menyumbang kepada usaha untuk membuka semula Selat Hormuz jika gencatan senjata menjadi kekal.

Australia akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak yang dihoskan oleh United Kingdom dan Perancis akhir minggu ini untuk membincangkan perlindungan perkapalan di selat berkenaan.

Iran sebahagian besarnya telah menyekat akses ke Selat Hormuz - laluan kira-kira 20 peratus aliran minyak dunia -- sejak serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Feb.

Sebagai tindak balas, AS bertindak menguatkuasakan sekatan maritim terhadap pelabuhan Iran selepas rundingan hujung minggu di Islamabad, Pakistan, yang bertujuan untuk menamatkan perang tersebut gagal, walaupun terdapat gencatan senjata selama dua minggu yang diusahakan oleh Pakistan.

Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) menyatakan sekatan itu akan dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal-kapal yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran merentasi Teluk Arab dan Teluk Oman.

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Richard Marles
#Australia
#Selat Hormuz
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan