awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas ... Peminjam PTPTN tak boleh lari!

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/12/2018
06:10 MYT
Awas ... Peminjam PTPTN tak boleh lari!
Wan Saiful bercakap pada sidang media di Menara PTPTN, di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI/HARITS ASYRAF HASNAN
Hampir 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini tidak boleh lagi ‘lari’ daripada membuat bayaran balik pinjaman itu.
Bermula Januari 2019, perbadanan itu akan berhubung terus dengan majikan yang akan membuat bayaran pinjaman melalui potongan gaji.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata bayaran melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) itu akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.
“Mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar.
“Kira-kira 225,000 peminjam yang dikenalpasti berpendapatan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, di sini, hari ini.
#TERKINI Berikut jadual bayaran balik pinjaman #PTPTN secara progresif atau Potongan Gaji Berjadual (PGB). Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan yang kurang berada tidak terbeban, manakala mereka yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan - @wansaiful @501Awani pic.twitter.com/oYNpZXims6
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 5, 2018
Mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 belum perlu membayar. Kira-kira 225,000 peminjam yg dikenalpasti berpendapatan kurang daripada RM2,000 akan menikmati pelepasan ini - @wansaiful @501Awani
— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) December 5, 2018
Jelasnya, PTPTN juga sedang bekerjasama dengan enam agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Akauntan Negara, Urusan Gaji Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran peminjam dan majikan.
“Maklumat yang diperoleh PTPTN itu akan digunakan untuk arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan. Seterusnya menjadi tanggungjawab majikan untuk membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman mereka kepada PTPTN.
“Bagi peminjam yang tidak termasuk dalam penggajian dengan mana-mana majikan, mereka dikehendaki membuat pengesahan maklumat pendapatan melalui portal PTPTN bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan ansuran bayaran balik berdasarkan kepada peratusan pendapatan,” jelasnya.
Tambah beliau majikan juga digalakkan memberikan insentif membantu pekerja membayar balik pinjaman sama ada bulanan mahupun bayaran sekaligus.
Majikan yang bertindak sedemikian akan diberikan pelepasan cukai bagi jumlah bantuan bayaran PTPTN kepada pekerja mereka.
“Sukacita saya maklumkan bahawa mana-mana majikan yang membantu membayar pinjaman PTPTN untuk pekerja sepenuh masa mereka akan diberikan pelepasan cukai,” kata beliau.
Terkini, katanya seramai 225,000 peminjam dikenal pasti tidak perlu membuat pembayaran balik pinjaman kerana berpendapatan kurang daripada RM2,000.
Topic Berkaitan
#majikan
#Peminjam
#pendidikan
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#PGB
#pinjaman
#potongan gaji
#Potongan Gaji Berjadual
#PTPTN
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan