awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayob Khan serah tugas Ketua Polis Johor

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2022
05:53 MYT
Ayob Khan serah tugas Ketua Polis Johor
Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Pemangku Ketua Polis Johor iaitu Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menamatkan perkhidmatannya bersama Polis Kontinjen Johor apabila bakal menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Pengarah jabatan itu.
Beliau menyerahkan jawatan Ketua Polis Johor kepada timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin yang akan memangku jawatan berkenaan.
Majlis serah terima tugas itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini, disaksikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Ayob Khan dalam ucapannya berkata, sebagai Ketua Polis Johor, beliau tidak mampu bekerja seorang tanpa sokongan dan kerjasama seluruh pasukan Polis Kontinjen Johor untuk mencapai kejayaan.
“Tanpa sokongan semua, polis Johor tidak akan mencapai kejayaan dan tidak mampu untuk mengekalkan kesejahteraan masyarakat Johor, seperti yang kita kecapi hari ini,” katanya.
Beliau berucap sedemikian pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor yang diadakan selepas majlis perhimpunan bulanan Januari 2022 yang merupakan perhimpunan terakhir beliau di Kontinjen Johor.
Ayob Khan memegang jawatan Ketua Polis Johor selama 22 bulan sejak 24 Februari 2020.
Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis serah-terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di antara Datin Zalena Mohd Ariffin dan Sharifah Mazni Syed Kassim.
Upacara serah terima tugas itu disaksikan Pengerusi PERKEP JSJ PDRM, Datin Seri Dr Siti Alida John Abdullah.
Sementara itu, Ayob Khan dan isteri turut berbesar hati menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Tabung PERKEP Kontinjen Johor.
Pada masa sama, PERKEP Kontinjen Johor turut menerima wang kurnia RM10,000 daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sumbangan Menteri Besar Johor sebanyak RM25,000.
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#serah tugas
#Khaw Kok Chin
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan