awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam Baki dipanggil beri keterangan isu pemilikan saham Khamis lepas - Shamsul Azri

Faida Rahim
Faida Rahim
22/02/2026
06:09 MYT
Azam Baki dipanggil beri keterangan isu pemilikan saham Khamis lepas - Shamsul Azri
Azam menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur. - Gambar fail/Bernama
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan sahamnya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, Jawatankuasa Siasatan Khas itu telah bersidang pada 19 Februari dan memanggil Azam bagi memberi penjelasan mengenai pemilikan 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Sdn Bhd, yang dibeli pada harga RM1.416 juta.

Shamsul memaklumkan, jawatankuasa berkenaan sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan yang berkaitan dengan pegangan saham tersebut.
Tambah kenyataan, jawatankuasa juga masih dalam proses menilai segala keterangan yang telah diperoleh serta akan memanggil saksi lain berkaitan bagi melengkapkan siasatan terhadap perkara ini.
Dalam kenyataan sama, jawatankuasa memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dilaksanakan secara telus, bebas dan profesional manakala hasil siasatan dan syor pertimbangan bagi tindakan selanjutnya akan diangkat kepada pihak berkuasa.
Tambah kenyataan, ini termasuk sekiranya didapati wujud sebarang pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang jenayah atau peraturan yang berkuat kuasa.
Sebelum ini media melaporkan, Azam memfailkan saman terhadap terhadap agensi berita Bloomberg berhubung artikel didakwa berunsur fitnah berkaitan dakwaan pemilikan saham yang diterbitkan pada 10 Februari lalu.
Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan itu, Azam selaku plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk dan teladan, faedah serta kos.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#pemilikan saham
#KSN
#Shamsul Bahri Abu Bakar
#Jawatankuasa Khas Siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan