awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki dipercayai dibunuh di rumah sewa
Azam Baki mulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg
Ringgit melonjak cecah 3.89 berbanding dolar AS, hampir tertinggi dalam lapan tahun

Azam Baki mulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg

Bernama
Bernama
12/02/2026
14:43 MYT
Azam Baki mulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg
Tan Sri Azam Baki memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan.
"Laporan, cadangan dan sindiran yang terkandung dalam penerbitan itu berunsur fitnah, tidak bertanggungjawab dan amat mengelirukan, serta menyebabkan kemudaratan bukan sahaja terhadap anak guam kami secara peribadi, tetapi juga terhadap maruah, kredibiliti dan integriti institusi SPRM.
"Azam tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau keperluan perkhidmatan awam berhubung perkara yang dilaporkan. Pada setiap masa yang berkaitan, beliau telah mematuhi sepenuhnya semua kewajiban pengisytiharan aset yang dikenakan terhadap pegawai awam.
"Sebarang pemerolehan dan pelupusan saham kemudiannya telah diisytiharkan dengan sewajarnya melalui saluran rasmi yang ditetapkan, termasuk Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), selaras dengan keperluan Jabatan Perkhidmatan Awam," menurut firma itu.
Saham yang dirujuk dalam laporan itu telah dilupuskan sebelum penerbitan dibuat. Pengisytiharan dan dokumen rekod berkaitan wujud serta boleh disahkan.
"Anak guam kami kekal teguh dalam komitmennya terhadap integriti, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam pelaksanaan tugas awamnya," menurut kenyataan itu.
Difahamkan, firma itu telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat dan juga di Malaysia.
Semalam, Azam menjelaskan bahawa beliau tidak lagi memiliki sebarang saham di mana-mana syarikat dan semua urus niaga saham sebelum ini dijalankan dengan telus dan mematuhi sepenuhnya peraturan kerajaan, sambil menambah bahawa akaun dagangannya kini kosong dan boleh disahkan dengan Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
#Azam Baki
#tindakan undang-undang
#Bloomberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.