awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AZEC: Kebersamaan semua negara, bantu percepat peralihan tenaga - PM Anwar

Fauzi Zin
Fauzi Zin
18/12/2023
05:44 MYT
AZEC: Kebersamaan semua negara, bantu percepat peralihan tenaga - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC) di Tokyo, pada Isnin. - Foto Bernama
TOKYO: Malaysia menekankan kebersamaan semua negara dalam memainkan peranan lebih aktif berkaitan kerjasama dana hijau, insentif, fasilitasi teknologi dan infrastruktur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan ini antara lain untuk membantu Malaysia mempercepatkan peralihan tenaga.
Perdana Menteri berkata demikian di Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC) di Tokyo, pada Isnin.
“Malaysia menghargai peranan Jepun dalam menyediakan platform ini bagi perbincangan dan persediaan dalam melaksanakan peralihan tenaga.
“Saya singgung kepentingan pemuliharaan dan pemugaran alam sekitar dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon sekali gus mampu mencapai Pelepasan Karbon Sifar menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Tambah Anwar, AZEC secara sebulat suara turut meluluskan Kenyataan Bersama AZEC (Leaders Joint Statement) sebagai afirmasi dan kesediaan Negara anggota melaksanakan peralihan tenaga secara tuntas.
AZEC merupakan platform kerjasama untuk memajukan neutraliti karbon dan peralihan tenaga bagi mencapai sasaran pelepasan sifar.
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara anggota AZEC selain Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Jepun, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tokyo
#kerjasama dana hijau
#peralihan tenaga
#AZEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan