awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kru Artemis II kembali ke bumi selepas rekod baharu
Lelaki didakwa paksa isteri adakan hubungan seks dengan lebih 120 lelaki
Lelaki Perancis didakwa kurung anak lelaki dalam van lebih setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2026: Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan

Bernama
Bernama
08/04/2026
03:52 MYT
BAC 2026: Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan
Gandingan kedua dunia itu menang mudah ke atas  Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan 21-15, 21-15. - Foto FB BAM
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 dengan langkah kanan apabila melepasi pusingan pertama di Ningbo, China hari ini.
Dalam perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo hari ini, gandingan kedua dunia itu menang mudah ke atas Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan 21-15, 21-15.
Pasangan negara dijadual berdepan pemenang bagi pertemuan antara Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi dari Hong Kong dan wakil China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi untuk perebutan ke suku akhir.
Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa perseorangan negara Leong Jun Hao yang tersingkir awal apabila gagal menyaingi kehebatan Jonatan Christie dari Indonesia, tewas 13-21, 8-21.
Ini merupakan kekalahan ketiga wakil negara itu pada pusingan awal musim ini, selepas tewas pusingan pertama Terbuka India dan Jerman sebelum ini.
Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terpaksa menarik diri selepas Pang Ron mengalami kecederaan tangan ketika pasangan negara ketinggalan 14-21, 6-9, dalam pertemuan dengan pasangan Korea Selatan Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan badminton asia
#BAC 2026
#beregu lelaki
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan