awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahanan Pakistan bolos: Polis perketat kawalan sempadan negara
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
KUSKOP agih RM906 juta bawah DEWI, manfaatkan 106,100 usahawan wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2026: Tiga beregu tersingkir, cabaran Malaysia tamat di suku akhir

Bernama
Bernama
10/04/2026
14:52 MYT
BAC 2026: Tiga beregu tersingkir, cabaran Malaysia tamat di suku akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam perlawanan sengit selama satu jam 23 minit. --fotoBERNAMA
Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 berakhir selepas ketiga-tiga pasangan negara tersingkir pada saingan suku akhir di Ningbo, China, pada Jumaat.
Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, beregu wanita negara yang juga pilihan kedua Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan nombor sembilan dunia dari China Li Yi Jing-Luo Xu Min dengan straight set 21-13, 21-15.
Ia adalah kekalahan kedua pasangan Malaysia itu kepada gandingan China berkenaan dalam tiga pertemuan.
Sementara itu, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam perlawanan sengit selama satu jam 23 minit.

Pasangan nombor dua dunia itu bangkit memenangi set kedua untuk mengheret aksi ke set penentuan, namun gandingan Korea Selatan yang berada di kedudukan ke-22 dunia berjaya mengawal permainan untuk meraih kemenangan 21-19, 16-21, 21-13.

Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersingkir pada peringkat suku akhir.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#BAC
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
# Pearly Tan-M. Thinaah
#badminton
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan