awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian

Bernama
Bernama
11/04/2026
11:34 MYT
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
Tehran menolak sekeras-kerasnya cubaan untuk menonjolkan Israel sebagai entiti yang bertindak sendirian sehingga membolehkan pentadbiran Washington mengelak daripada liabiliti diplomatik. -Gambar fail/Reuters
Tehran memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak menggambarkan Israel sebagai pihak yang bebas atau mengganggu proses rundingan damai di Pakistan bagi mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab sekiranya rundingan tersebut menemui kegagalan.
Agensi berita Fars yang memetik sumber dalaman kerajaan Iran melaporkan bahawa pihaknya menolak sekeras-kerasnya cubaan untuk menonjolkan Israel sebagai entiti yang bertindak sendirian sehingga membolehkan pentadbiran Washington mengelak daripada liabiliti diplomatik.
Iran menegaskan bahawa mereka tidak melihat Israel sebagai pihak yang berasingan daripada keputusan strategik Washington dan akan menganggap AS sebagai pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya jika rundingan di Islamabad gagal mencapai kata putus.
Tehran turut menyifatkan sebarang cubaan untuk menyalahkan Israel sebagai punca kebuntuan rundingan merupakan pendekatan dwistandard yang tidak akan diterima dalam perbincangan tersebut.
Kenyataan ini dikeluarkan ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance dan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf bersedia untuk memulakan rundingan bersejarah bagi menamatkan peperangan selama enam minggu yang melanda Asia Barat.
Setakat ini, situasi di ibu negara Pakistan dilaporkan terkawal dengan kawalan keselamatan ketat dilaksanakan bagi memastikan kelancaran proses diplomatik yang disifatkan sebagai saat penentu kepada kestabilan rantau berkenaan.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Israel
#rundingan diplomatik
#Islamabad
#konflik Asia Barat
#hubungan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan