awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Semangat juang tinggi jadi identiti Ee Wei

Reuters
Reuters
20/03/2026
07:20 MYT
Badminton: Semangat juang tinggi jadi identiti Ee Wei
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei ketika ditemu ramah wartawan pada sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Bukit Kiara hari ini. - Foto Bernama
Pemain beregu campuran sensasi negara Toh Ee Wei berkata semangat juang tinggi menjadi senjata utamanya untuk terus bersaing secara kompetitif dalam kelompok 10 pasangan terbaik dunia.

Walaupun mengakui jurang pengalaman yang ketara, pemain berusia 24 tahun itu percaya faktor tersebut menjadi kelebihan yang membezakan kualiti permainannya apabila menghadapi lawan lebih berpengalaman.

“Saya bukan pemain yang sangat berpengalaman berbanding mereka tetapi saya sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Semangat juang di gelanggang kekuatan utama saya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara hari ini.

Dalam masa sama, beliau tidak mahu terburu-buru mengejar kejayaan di pentas antarabangsa, sebaliknya mahu memberi fokus kepada konsistensi bersama pasangan Chen Tang Jie.

Mengulas penyingkiran awal pada kejohanan All England dua minggu lepas, Ee Wei berkata kekalahan itu menjadi peringatan agar tidak memandang rendah cabaran apa juga kejohanan, walaupun telah bergelar juara dunia.

Ee Wei berkata mereka menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana telah memberikan sepenuh usaha sepanjang perlawanan.

“Kita tidak boleh beri alasan tentang pengalaman. Saya perlu belajar daripada setiap perlawanan dan kejohanan. Walaupun kalah, kami tetap menunjukkan semangat pantang menyerah seperti di All England.

“Persaingan beregu campuran kini sangat terbuka. Kita dapat lihat juara juga datang dari Taiwan dan ramai pemain utama tewas. Kami perlu terus bekerja keras,” katanya yang kini menduduki ranking keempat dunia bersama Tang Jie.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#sukan
#badminton
#toh ee wei
#lawan
#beregu campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan