awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bahagian UMNO Kelantan perlu pilih pemimpin terbaik'

Bernama
Bernama
17/10/2013
23:35 MYT
'Bahagian UMNO Kelantan perlu pilih pemimpin terbaik'
Perwakilan UMNO di 14 bahagian di Kelantan harus merebut peluang untuk memilih barisan pemimpin terbaik pada pemilihan parti Sabtu ini, kata Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Datuk Mohd Rozali Isohak.
Beliau berkata barisan pemimpin yang bakal dipilih untuk tempoh tiga tahun akan datang itu penting dalam persiapan Umno Kelantan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Pilih pemimpin yang terbaik kerana dalam kalangan mereka ada yang akan menjadi bakal calon PRU14 nanti," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata perwakilan perlu memilih calon yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti berhemah tinggi, berpengalaman, berpendidikan serta bersih daripada rasuah dan penyelewengan kuasa.
Katanya lagi perwakilan juga perlu memilih pemimpin yang mesra rakyat iaitu sentiasa bersama masyarakat di bahagian masing-masing dan mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Mohd Rozali yang juga Naib Pengerusi Kanan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelantan turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memilih seseorang calon atas dasar kepentingan peribadi kerana ini akan merosakkan parti.
Topic Berkaitan
#Mohd Rozali Isohak
#PRU-14
#UMNO Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan