awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak turun bawah US$100 setong didorong rundingan gencatan senjata
Krisis Asia Barat: Tiada keperluan TLDM iring kapal tangki Malaysia di Selat Hormuz
Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahana 'love scam', kontraktor rugi RM98,648

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
09/06/2023
01:50 MYT
Bahana 'love scam', kontraktor rugi RM98,648
Mangsa membuat 43 transaksi kepada 13 akaun berlainan dengan tujuan untuk membantu suspek.
KUANTAN: Seorang kontraktor di Cameron Highlands dakwa mengalami kerugian RM98,648 selepas terpedaya sindiket 'love scam' menerusi Facebook.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata, lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita kononnya dari luar negara pada tahun lalu.
"Suspek kemudian memaklumkan dia sudah berada di negara ini bersama wang Euro 81,000, tetapi ditahan pihak berkuasa bersama wang terbabit.
"Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang invidu, mendakwa peguam kepada suspek memaklumkan bahawa suspek ditangkap.
"Mangsa membuat 43 transaksi kepada 13 akaun berlainan dengan tujuan untuk membantu suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, berikutan itu, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM98,648 wang simpanannya.
"Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan penyamaran dan 'love scam'.
"Jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan buat semakan nombor akaun serta nombor telefon yang diterima terlebih dahulu di pautan https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#love scam
#Kontraktor
#Yahaya Othman
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan