awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kayak dinaiki pelajar IPG dipercayai terbalik kerana arus deras - Polis
Aksi pandu lawan arus tular, polis buru pemandu kereta
Cuaca panas: Perak pantau rapi empangan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahrain pintas 154 peluru berpandu, 350 dron sejak serangan Iran bermula

Bernama
Bernama
26/03/2026
15:24 MYT
Bahrain pintas 154 peluru berpandu, 350 dron sejak serangan Iran bermula
Angkatan Pertahanan Bahrain (BDF) turut menggesa orang ramai agar mengamalkan langkah berhati-hati yang tertinggi demi keselamatan mereka. - Gambar Reuters
Angkatan Pertahanan Bahrain (BDF) mengumumkan bahawa melalui kewaspadaan tinggi anggotanya, sistem pertahanan udara BDF terus berjaya menangkis gelombang serangan bertubi-tubi daripada pencerobohan pengganas Iran, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).
Sejak bermulanya konflik itu, pasukan pertahanan udara telah memintas dan memusnahkan 154 peluru berpandu balistik serta 350 dron yang menyasarkan Bahrain.
BDF menyatakan rasa bangga terhadap kesiapsiagaan tempur dan kewaspadaan luar biasa yang ditunjukkan oleh anggota BDF, selain memuji keberkesanan operasi yang berterusan dalam mempertahankan negara itu.
Prestasi pasukan Bahrain terus memberikan keyakinan bahawa ruang udara negara itu kekal selamat.
BDF turut menggesa orang ramai agar mengamalkan langkah berhati-hati yang tertinggi demi keselamatan mereka.
Rakyat dan penduduk dinasihatkan supaya menjauhi kawasan yang terjejas serta sebarang objek yang mencurigakan; mengelak daripada merakam video atau mengambil foto operasi ketenteraan atau lokasi serpihan; tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan; serta hanya merujuk saluran media rasmi dan kerajaan untuk sebarang kemas kini, amaran, dan nasihat.
BDF seterusnya menegaskan bahawa penggunaan peluru berpandu balistik dan dron yang menyasarkan kawasan awam serta harta benda persendirian merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan rambang itu merupakan ancaman langsung kepada keamanan dan keselamatan serantau.
-- BERNAMA-BNA
Topic Berkaitan
#Bahrain
#pemintasan
#Iran
#AS-Israel
#peluru berpandu
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan