awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2017: Biasiswa bukti komitmen berterusan Kerajaan - WeMalaysia AS

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/10/2016
23:36 MYT
Bajet 2017: Biasiswa bukti komitmen berterusan Kerajaan - WeMalaysia AS
NASNOOR JUZAILY: Peruntukan biasiswa pendidikan sebanyak RM7.4 bilion kepada bakal pemegang biasiswa persekutuan menunjukkan komitmen Kerajaan dalam meneruskan agenda pendidikan negara.
Peruntukan biasiswa pendidikan sebanyak RM7.4 bilion kepada bakal pemegang biasiswa persekutuan menunjukkan komitmen Kerajaan dalam meneruskan agenda pendidikan negara.
Koordinator WeMalaysia Amerika Syarikat, Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin berkata, ia langkah yang harus dipuji pada saat ekonomi dunia yang tidak stabil kini.
"Ini bukti pihak kerajaan tidak menggadaikan peruntukan biasiswa pendidikan bagi meneruskan matlamat dasar Wawasan 2020.
"Kami dari WeMalaysia AS mengucapkan penghargaan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kesediaan beliau untuk memperkasakan wardah dan perjuangan pembangunan pendidikan negara," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Jelas Nasnoor, dalam ketidakstabilan ekonomi dunia dan harga pasaran minyak dunia yang merudum, pembentangan Bajet 2017 mengenai belanjawan kewangan negara di dalam biasiswa pendidikan satu rahmat bagi pelajar secara keseluruhannya.
Pada pembentangan Bajet 2017, Kerajaan mengumumkan akan meneruskan pemberian biasiswa dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion kepada pelbagai kementerian dan agensi berkaitan pengajian tinggi pada tahun depan.
Peruntukan itu membabitkan Jabatan Perkhidmatan Awam (RM1.6 bilion), Majlis Amanah Rakyat (MARA) (RM2 bilion), Kementerian Pendidikan Tinggi (RM250 juta), Kementerian Kesihatan (RM208 juta), Kementerian Pendidikan (RM194 juta), Kementerian Sumber Manusia (RM28 juta) dan Kementerian Belia dan Sukan (RM21 juta).
Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM7.4 bilion kepada 20 universiti awam pada tahun depan.
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#biasiswa
#najib
#WeMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan