awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: KUSKOP sambut baik kenaikan 21 peratus

Bernama
Bernama
09/10/2022
21:40 MYT
Bajet 2023: KUSKOP sambut baik kenaikan 21 peratus
Tan Sri Noh Omar berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbukti amat prihatin dalam membantu usahawan tempatan. - Foto fail/BERNAMA
TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyambut baik peruntukan keseluruhan dalam Bajet 2023 sebanyak RM668.3 juta dengan kenaikan 21 peratus berbanding pada 2022.
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata penambahan lebihan sebanyak RM117 juta itu jelas menunjukkan kerajaan serius mahu membantu usahawan di negara ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Beliau berkata dalam peruntukan itu, sebanyak RM212.1 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus manakala RM456.2 juta ialah bagi belanja pembangunan.
"Peruntukan di bawah skim Program Usahawan Siswazah turut diluluskan sekali gus menunjukkan kerajaan serius mahu membantu usahawan yang terdiri daripada anak muda dan siswazah," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO bahagian Tanjong Karang di sini pada Ahad.
Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbukti amat prihatin dalam membantu usahawan tempatan.
"Saya berpuas hati, saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memahami masalah yang dihadapi oleh golongan usahawan.
"Kalau dulu semasa Perintah Kawalan Pergerakan, peranan Kementerian Kesihatan cukup penting, apabila sudah endemik, inilah masanya untuk KUSKOP membantu usahawan untuk bangkit semula... Untuk kembali bangkit, tentulah mereka memerlukan bantuan dan bimbangan daripada pihak kementerian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Kuskop
#Noh Omar
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan