awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Sekolah perlukan infrastruktur moden termasuk tandas duduk

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
07/10/2022
03:45 MYT
Bajet 2023: Sekolah perlukan infrastruktur moden termasuk tandas duduk
Isu tandas duduk ini perlu diambil kira mengikut peredaran zaman serta demi memberi infrastruktur yang lebih moden kepada para pelajar. - Gambar hiasan
SERDANG: Bukan sahaja struktur sekolah itu perlu selamat, malah penggunaan tandas duduk yang selesa dan bersih juga merupakan satu aspek baik pulih terpenting di sekolah yang perlu dititik beratkan dalam peruntukan Bajet 2023.
Menurut Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Soaib Asimiran, isu tandas duduk ini perlu diambil kira mengikut peredaran zaman serta demi memberi infrastruktur yang lebih moden kepada para pelajar.
Tegasnya, infrastruktur yang baik di sekolah dapat mengajar tentang adab dan ketamadunan kepada pelajar yang mana ianya boleh dilakukan bermula di sektor Pendidikan.
“Saya percaya peruntukan dalam Bajet 2023 ini akan digunakan sebaik mungkin, kalau dikira dari segi tandas ini memang satu perkara yang sangat penting, mengajar tentang adab dan ketamadunan.
“Kalau kita lihat tandas di barat jauh berbeza dengan keadaan yang kita lalui di sini. Kalau dengan infrastruktur yang ditambah baik, infrastruktur yang dapat menyediakan keadaan di mana mereka boleh belajar dengan lebih selesa, ia akan menyediakan mereka ilmu dan kemahiran hidup pada zaman ini,” jelasnya dalam AWANI Pagi pada Jumaat.
Pada Disember tahun lepas, dilaporkan sebanyak 1,311 sekolah di seluruh negara mempunyai bangunan daif, dan daripada jumlah itu, 73 sekolah ada bangunan daif pada skala tujuh yang disahkan tidak selamat digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Manakala, 1,238 sekolah lagi mempunyai bangunan daif pada skala enam, iaitu disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#pendidikan
#tandas duduk
#infrastruktur sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan