awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet Johor 2022 diperinci supaya tiada yang tercicir - MB

Bernama
Bernama
30/10/2021
11:30 MYT
Bajet Johor 2022 diperinci supaya tiada yang tercicir - MB
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad (tiga, kiri) menyampaikan geran hak milik kepada penduduk Kampung Sri Maju dan Kampung Bukit Nyamuk Renggam hari ini. - Foto BERNAMA
KLUANG: Kerajaan negeri akan memperincikan setiap inisiatif dalam Bajet Johor 2022 yang akan dibentangkan pada penghujung November depan, bagi memastikan tidak berlaku keciciran bantuan kepada penerima yang layak.
Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata langkah itu bertujuan memberi peluang kepada kerajaan negeri memperluaskan lagi bantuan-bantuan yang akan dipertimbangkan bagi mereka yang tidak tergolong atau berpeluang menerima faedah daripada bajet sebelum ini.
Bercakap pada satu sidang media di sini hari ini beliau berkata bantuan melalui Bajet Johor 2022 itu akan diperluaskan kepada semua masyarakat mencakupi pelbagai aspek dan sektor ekonomi.
Kerajaan Johor dijangka membentangkan Bajet Johor 2022 pada 25 Nov dengan pendekatan bersifat mengembang demi memulihkan keadaan ekonomi susulan pandemik COVID-19.
Terdahulu Hasni menyempurnakan Majlis Penyampaian Hak Milik Kampung Sri Maju Jaya dan Kampung Bukit Nyamuk Renggam di Dataran Belia Renggam dekat sini, yang menyaksikan 61 keluarga yang meneroka kawasan penempatan di kedua-dua lokasi berkenaan sejak tahun 1970 menerima geran hak milik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet Johor 2022
#Hasni Mohammad
#Johor
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan