awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balu mangsa rempuhan di Klang harap ada perubahan hukuman, akta

Bernama
Bernama
03/04/2026
07:40 MYT
Balu mangsa rempuhan di Klang harap ada perubahan hukuman, akta
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammad Azman Aziz Mohammed menyerahkan Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) PERKESO kepada Nor Nadia Abdul Majid (kanan), balu kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, ketika menziarahi
Balu kepada lelaki yang maut selepas dirempuh di Klang baru-baru ini, mengharapkan akan ada perubahan dari segi hukuman dan akta bagi membolehkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dikenakan hukuman lebih berat agar tiada kes serupa berlaku seperti menimpa suaminya.
Nor Nadia Abdul Majid, 32, menyifatkan pemergian suaminya Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, mempunyai hikmah tersendiri dan berharap agar masyarakat mengambil iktibar daripada insiden itu.
“Insya-Allah, saya berdoa agar ada perubahan dari segi hukuman dan akta," katanya kepada pemberita di kediamannya di Pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16 di sini hari ini.
Terdahulu, Nor Nadia menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed yang menyampaikan Pencen Penakat selain Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM3,000.
Ibu kepada tiga anak itu berkata sumbangan daripada orang ramai itu banyak membantu dari segi emosi dan kelangsungan hidup anak-anaknya.
"Rakyat Malaysia memang prihatin. Saya pun kena bangkit… tidak boleh bersedih lagi. Anak-anak masih kecil,” katanya yang berharap dapat membuka kedai menjual pakaian terpakai seperti diimpikan.
Nor Nadia berkata anak-anaknya masih merindui bapa mereka dan menziarahi kubur setiap hari.
Bagi urusan perpindahan sekolah anaknya ke kampung halamannya di Taiping, Perak, dia menjangkakan dapat diselesaikan dalam minggu depan.
Amirul Hafiz maut selepas motosikalnya dirempuh kereta dipandu seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Klang, pada 11.47 pagi Ahad lepas.
Pada Rabu, seorang pembantu makmal R. Saktygaanapathy, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan membunuh Amirul Hafiz dan memasukkan dadah ke dalam badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#balu
#pemandu
#Klang
#Dadah
#Hukuman
#akta
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan