awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Pemandu bas pangku wanita ketika memandu disiasat - JPJ
Guru direman bantu siasatan pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan

Bernama
Bernama
03/12/2024
03:30 MYT
BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan
Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.
BAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai SPRM yang telah menjalankan tugas mereka secara profesional.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.
Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#SPRM
#pegawai tertinggi BAM
#elaun tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan