awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar Sibu sedia guna Mosquito Magnet untuk perangi nyamuk aedes

Bernama
Bernama
10/01/2016
08:16 MYT
Bandar Sibu sedia guna Mosquito Magnet untuk perangi nyamuk aedes
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sudah bersedia menggunakan "Mosquito Magnet" untuk memerangi nyamuk Aedes di bandar ini yang menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan kes denggi di Sarawak. - Gambar fail
Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sudah bersedia menggunakan "Mosquito Magnet" untuk memerangi nyamuk Aedes di bandar ini yang menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan kes denggi di Sarawak.
Timbalan pengerusi MPS Datuk Andrew Wong berkata, analisis yang dibuat oleh Universiti Malaya ke atas peralatan khas itu baru-baru ini menunjukkan ia sangat efisien untuk digunakan.
Selain itu katanya, hasil analisis yang turut termasuk ujian lapangan yang melibatkan pemasangan peralatan itu di sekolah-sekolah dan taman di bandar ini akan didedahkan kepada orang ramai tidak lama lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Tahunan MPS di sini malam tadi beliau berkata, laporan analisis itu akan dikemukakan kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Sri Wong Soon Koh.
MPS juga akan memohon peruntukan RM500,000 dari kerajaan negeri bagi menempatkan lebih banyak peralatan tersebut di sekolah-sekolah dan taman-taman awam di bandar ini.
Topic Berkaitan
#Andrew Wong
#denggi
#mosquito magnet
#MPS
#Sibu
#Wong Soon Koh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan